Sunday 9 December 2012

Langkawi...Here We Come!!

Alhamdulillah. 1 hingga 3 November 2012 - berpeluang juga bercuti dengan hubby dan kids ke Langkawi. Dah lama betul tak pergi Langkawi, if I'm not mistaken last pergi masa umur Harith 5 bulan dan of course masa tu Hannah belum ada lagi. Hehe. So this trip is the second time for Harith and the first one for Hannah. Seronok sangat diaorang dapat naik 'aeroplane' dan dapat jalan-jalan. Memang betul-betul ikut Ibu kan, suka jalan-jalan. Hehehe.

Yang best pasal trip kali ni is because kita orang pergi masa weekdays dan bukan peak season. So most tempat tak ramai orang, car rental pun murah, dapat Nissan Latio for RM70 je per day. Alhamdulillah. Mostly pergi ke area Pantai Cenang, Pantai Kok, Pantai Tengah, Teluk Burau dan of course lah, Pekan Kuah. Ada orang tu sampai 3 kali ke Haji Ismail Group dan balik KL dengan 2 kotak besar. Hahaha. Siapa ye? *wink wink* So apa lagi, jom tengok gambar-gambar. Langkawi memang best!!



Ni masa kat LCCT dan juga gambar dalam flight. Harith cool je asyik layan Tab. Hannah ada aksi la (sure la, kalau tak bukan Hannah namanya, hehehe). So dia tak nak pakai belt, tak nak duduk diam dan asyik panjat memanjat. 











Yayy! Dah sampai ke Langkawi. Cari kereta sewa dulu. 








Pantai Cenang Langkawi. Waktu around 5.30 petang. 








Ni dekat Awana Porto Malai. What a beautiful scenery. Indahnya ciptaan Allah SWT.









After ronda-ronda kejap, kami check in di Federal Villa kat Pantai Tengah. Bilik deluxe, luas, comfy. The best part RM77 je per nite sebab booked through BPH. Khas untuk goverment servant aje ye. Hehehe.






Ni kat Pantai Tengah. 7.30 pagi. Ibu lepak tepi pantai sorang-sorang masa Ayah, Harith dan Hannah lena diulit mimpi. Hehehe.






 Jalan-jalan time! Tak sampai sehari dah habis ronda satu Langkawi.



Kaki sapa ni?






Sempat gak tengok beruk-beruk ni yang berkeliaran tepi jalan menuju je Burau Bay. Beruk ni jinak dan friendly sangat. Datang lepak kat kereta orang. Huhu. Tak berani wind down tingkap. Bukak sikit je nak bagi goreng pisang. Kelass! Beruk makan goreng pisang.




Harith terrified. Ibu, Harith tak nak la monkey tu!! Hehehe.






Singgah jap makan laksa, meehun sup, cendol dan pasembor kat tepi pantai dekat dengan airport. Best sangat kat sini! Angin sepoi-sepoi bahasa. Pantai pun cantik. 




















Ni pulak masa kat Oriental Village. Sempat naik kereta kuda 2 round then lepas tu hujan lebat.








Ni gambar candid gelagat Harith dan Hannah. Priceless! My heart, my soul, my world, my life. 
MY EVERYTHING.









Kami pergi jugak ke Langkawi Bird and Wildlife Park. Best tempat ni! Sebab bukan peak season dan weekdays so hanya ada 3, 4 family je so basically we got the park all to ourselves! The best part is budak-budak dapat feed the birds and the animals. Just beli je makanan yang diaorang jual (specially made for feeding) for RM10 one set. Banyak dalam tu ada epal, kacang, carrot, cabbage dan macam-macam jenis makanan. Seronok sangat Harith dan Hannah dapat feed the animals. Ibu pun excited tau! Hehe.

And surprisingly none of my kids were afraid of being so close to the animals. Relax je diaorang. Alhamdulillah. Hehehe.



























Kepenatan. Relax jap dalam kereta.






Ok lah, sampai masa untuk balik. Insya Allah kalau ada rezeki, kami datang lagi ye. Bye bye Langkawi!!

Daim, daim and daim. Chocolates frenzy.

Budak ni memang suka Daim. :)